Skuad kebangsaan Arab Saudi bakal mengumumkan ketua jurulatih dari Itali, Roberto Mancini sebagai pengendali baharu pasukan bagi menggantikan Hervé Renard yang meninggalkan pasukan pada awal tahun ini.

Perkara ini dikongsikan oleh Transfer News Live di laman media sosial X yang mana Mancini bakal menerima gaji yang lumayan sebanyak €40custom bowling jerseys wig sales custom football jerseys the rose sex toy adidas yeezy foam runner ass sex toy best wig outlet nike air max for sale cheap cheap sex toys male sex toys wigs store nfl shop com cheap jerseys for sale human hair wigs cheap jerseys Juta atau sekitar RM203 Juta setahun.

Keputusan Roberto Mancini untuk meninggalkan Itali dianggap mengejutkan dimana jurulatih itu sebelum ini membawa skuad kebangsaan itu memenangi UEFA EURO 2021 selain mengembalikan semula pasukan itu ke prestasi sebenar berbanding sebelum ini.

Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) mengumumkan Mancini menghantar notis 24 jam untuk meletak jawatan dan tiada apa yang boleh dibuat oleh badan itu selain membenarkan bekas pengurus Manchester City dan Inter Milan itu meninggalkan pasukan.

Bagi Arab Saudi pula, mereka mencipta kejutan apabila menewaskan Argentina pada aksi peringkat kumpulan dengan keputusan 2-1 namun skuad kendalian Herve Renard ketika itu gagal melepasi saingan peringkat kumpulan.

Sekiranya diumumkan sebagai pengurus baharu, cabaran pertama Mancini ialah membimbing Arab Saudi untuk menghadapi saingan peringkat kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang dijadualkan bermula pada lewat tahun ini.

Selain itu, Arab Saudi bakal beraksi dalam temasya Piala Asia 2023 pada Januari tahun hadapan yang mana pasukan itu diundi dalam kumpulan F bersama Thailand, Kyrgyzstan dan Oman.